Friday, 26 May 2017

Kanak-Kanak Cuba Minum Susu Badan Ibunya, Tidak Menyedari Ibunya Sudah Mati



Seorang kanak-kanak berusia 17 bulan ditemui cuba sedaya upaya untuk minum susu dari badan ibunya dalam keadaan menangis, menurut laporan India Times.

Kejadian itu berlaku kelmarin di daerah Damoh, Madhya Pradesh, India, di mana beberapa orang yang lalu lalang melihat seorang wanita berbaring bersebelahan dengan landasan keretapi.

Orang ramai yang melihat wanita yang terbaring itu segera memaklumkan kepada polis, tetapi apabila cuba mendekati wanita tersebut mereka turut melihat seorang 
kanak-kanak.

"Kami melihat seorang wanita terbaring berhampiran landasan kereta api dan menghubungi polis.


Tetapi apabila kami mendekati wanita itu kami ternampak seorang kanak-kanak di sebelah ibunya dalam keadaan menangis sambil minum susu ibunya. Ia menyebabkan air mata kami berlinangan." Kata Monu Balmiki, salah seorang saksi, seperti yang dilaporkan oleh DailyMail.

Saksi berkata lagi, kanak-kanak itu lapar dan mencari ibunya. Apabila dia tiada jawapan, dia cuba minum susu badan
 ibunya.

Setakat ini, pihak polis telah membawa mayat wanita tersebut ke hospital untuk bedah siasat dan untuk mengenal pasti punca kematian. 
Kanak-kanak tersebut pula telah dihantar ke Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak tempatan.

Tiada kecederaan ditemui pada tubuhnya dan perkiraan wajar telah dibuat untuk membawa 
kanak-kanak itu ke rumah anak yatim sehingga polis mengesan keluarganya.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->