Friday, 5 May 2017

Hamas Ucap Penghargaan Kepada Korea Utara, Ini Sebabnya...



GAZA - Hamas memuji Korea Utara pada Ahad lalu selepas rejim Pyongyang mengeluarkan ancaman keras terhadap Israel.

Sebelum ini, Kementerian Luar Korea Utara berikrar negara itu akan "menghukum tanpa belas kasihan"
 mereka yang menyinggung maruah kepimpinan negara".

Ia adalah merujuk kepada satu kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman, di mana dia menggelar pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, sebagai "melampau dan gila."

"Kami memberi amaran kepada Israel untuk berfikir dua kali mengenai implikasi kempen fitnah terhadap kami," kata Kementerian Luar Korea Utara.

Korea Utara juga mendakwa bahawa Israel adalah satu-satunya 'pemilik haram' senjata nuklear di Timur Tengah dan turut menyatakan sokongan perjuangan rakyat Palestin untuk mewujudkan sebuah negara merdeka dengan Quds (Jerusalem) sebagai ibu negaranya.

Ekoran kenyataan itu, pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri, melahirkan penghargaan kenyataan Korea Utara yang menyatakan sokongan terhadap perjuanga
n Palestin dan menolak sikap penjajah.

Kim Jong-un mengecam Israel dengan mendakwa 'Israel adalah satu kutukan di Timur Tengah' dan menolak sikap besar kepada Israel yang suka menjajah.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->