Tuesday, 16 May 2017

Gempar, Bangkai Makhluk Raksasa Dijumpai Tersadai Di Pantai



Makhluk raksasa tersadai di pantai Maluku (foto: EpochTimes)

Bangkai berukuran raksasa dijumpai 
tersadai di pesisir pantai Dusun Hulung, Desa Iha, Kabupaten Seram Bagian Barat, Maluku, pada hari Rabu (10/05/2017) petang.

Menurut saksi penduduk, bangkai itu dijumpai kira-kira pada pukul 4.00 petang. Bau menyengat dari bangkai menjadi perhatian penduduk setempat sehingga ramai penduduk berpusu-pusu datang mahu melihat bangkai tersebut.

Oleh kerana bangkai tersebut menggemparkan penduduk, dilakukanlah pemeriksaan untuk mengenal pasti bangkai tersebut. Namun setakat ini belum diketahui apa jenis haiwan tersebut. Dikatakan ada bahagian tubuh kelihatan seperti gading sepanjang lima meter.

Salah seorang penduduk bernama Alberto mengatakan bahawa dia belum mengetahui jenis haiwan apa yang terdampar di pesisir pantai tersebut.

Alberto juga telah menghubungi Pejabat Perikanan Kabupaten Seram Bagian Barat dan juga Balai Konservasi Sumber Daya Alam, serta penyelidik dari Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia.

Ramai penduduk yang meneka jenis haiwan apakah itu, sama ada sotong atau paus. Jika sotong tidak mungkin kerana kulitnya sangat keras, jika paus, paus tidak mempunyai gading.

Jadi, apakah sebenarnya bangkai haiwan apakah itu?

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->