Sunday, 23 April 2017

Saintis Akhirnya Dedah Lokasi 'Paling Mungkin' MH370 Boleh Ditemui



Bukti terkini menunjukkan MH370 berkemungkinan tinggi berada di kawasan carian utama di zon utara.

Menurut saintis Australia, penemuan kali ini adalah lebih yakin berbanding sebelum ini berkenaan lokasi kawasan di mana bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 boleh didapati.

CSIRO berkata laporan baru yang dikeluarkan pada hari Jumaat mengesahkan bahawa lokasi 
MH370 kemungkinan tinggi berada dalam kawasan 25,000 km persegi di selatan Lautan Hindi.

Kawasan baru yang didedahkan itu disifatkan sebagai kawasan "kemungkinan besar" yang dikenal pasti ada 
bangkai pesawat oleh pakar-pakar.

Satu pasukan penyelidik CSIRO yang diketuai oleh Dr David Griffin berkata ujian terbaru mereka telah menggunakan Boeing 777 flaperon (sebahagian daripada sayap pesawat) yang sepadan dengan serpihan yang ditemui di La Reunion Island berhampiran Afrika pada bulan Julai 2015.


"Penemuan kami lebih meyakinkan dengan keputusan baru itu. Kami dapati serpihan sebenar flaperon itu dijumpai terapung kira-kira 20 darjah ke bahagian kiri dan lebih cepat daripada replikanya."

"Ia menunjukkan bahawa lokasi yang paling mungkin MH370 berada adalah di kawasan pencarian baru," kata Dr Griffin.

Boeing 777 hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014 bersama 239 orang di dalam pesawat dan merupakan salah satu kehilangan pesawat yang paling misteri pernah berlaku.

Walau bagaimanapun Menteri Pengangkutan dari Malaysia, China dan Australia tidak meneruskan pencarian sehingga "bukti baru yang boleh dipercayai" telah ditemui.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->