Tuesday, 18 April 2017

Penternak Di Switzerland Sengaja Buat Lubang Pada Perut Lembu, Alasannya Mengejutkan



Penternak di Switzerland sengaja membuat lubang pada perut lembu peliharaan mereka dengan menggunakan kanula, paip luaran yang menghubungkan terus ke saluran pencernaan lembu. Jadi, apa puncanya para penternak di Switzerland membuat lubang pada perut lembu tersebut?

Dengan bantuan paip tersebut, penternak boleh dengan mudah memeriksa keadaan kesihatan lembu peliharaan mereka. Para penternak memerlukan pemahaman yang lebih baik tentang pemakanan lembu dan bagaimana haiwan tersebut mampu mencerna makanan mereka. Hal ini akan membantu para penternak meningkatkan kaedah penternakan yang lebih baik.

Kanula sepanjang 8 inci akan disambungkan hingga ke saluran pencernaan lembu bagi membolehkan para penternak untuk melihat bagaimana lembu mencerna makanan mereka.

(Foto: Wittyfeed)

Kepelbagaian gandum dan tanaman lain 
akan diuji cuba di saluran pencernaan lembu. Dengan ini, para penternak boleh membuat penelitian lebih teliti untuk meningkatkan kualiti makanan dan seberapa baik proses pencernaan makanan lembu.

Jadi bagaimana cara memasukan kanula ke dalam saluran pencernaan lembu? Kanula dimasukkan melalui proses pembedahan dan lembu dibiarkan rehat untuk proses pemulihan.

Selepas masa rehat, lembu akan melakukan proses pemeriksaan untuk ujian pelbagai tanaman yang sesuai untuk dijadikan makanan.

(Foto: Wittyfeed)

Sebelum ini lembu yang mempunyai kanula dianggap tidak bagus untuk perkembangan si lembu, namun selepas dibuat penelitian lebih lanjut, lembu-lembu yang mempunyai kanula cenderung mempunyai jangka hidup yang lebih lama.

Dengan menggunakan prosedur ini, produk yang dihasilkan lembu mulai dari susu sehingga dagingnya akan mempunyai kualiti yang lebih baik.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->