Thursday, 20 April 2017

Jijik, Lihat Apa Yang Restoran Di Jepun Ini Hidangkan


(Foto: mirror.co.uk)

Jepun memang terkenal dengan kepelbagaian makanannya yang unik. Bukan hanya dari bentuknya yang unik-unik, namun juga ramuan yang digunakan.

Baru-baru ini, Jepun menawarkan menu mee ramen yang tidak seperti biasanya. Bagaimana tidak, mee ramen yang ditawarkan oleh salah sebuah restoran di Jepun dihidangkan dengan taburan serangga seperti cacing, cengkerik, belalang dan ulat sutera yang digoreng kering.

Mesti kelihatan meloyakan dan sangat pelik kerana biasanya apabila ada serangga dalam mangkuk, kita pasti akan membuang mee ramen tersebut atau meminta diganti dengan mee ramen yang baru, tetapi kini serangga pula sengaja dijadikan sebagai taburan.

(Foto: mirror.co.uk)

"Melalui ramen, saya mahu menyebarkan bagaimana seronoknya dan lazat makan serangga" ujar Yuta Sinohara, pemilik restoran tersebut.

Yuta sengaja membuat taburan serangga dalam ramen kerana kesukaannya sendiri yang sejak kecil sangat suka memakan serangga goreng.

Yuta memang telah dikenali ramai orang kerana ciptaan makanan yang dibuatnya selalu heboh. Pada hari Valentine lalu, beliau juga pernah membuat coklat, roti, dan cocktails dengan taburan serangga.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->