Sunday, 30 April 2017

Ini Cara Kenali Telur Palsu Buatan China Dengan Yang Asli


Telur palsu buatan China (foto: China Daily)

Beberapa tahun lalu China telah menggemparkan dunia dengan berita bahawa mereka berjaya menghasilkan beras plastik kemudian di jual ke luar negara. Sekarang China kembali lagi dengan penghasilan telur palsu yang dibuat daripada plastik.

Pihak berkuasa Agri-Food & Veterinary (AVA), seperti yang dilaporkan oleh Asia One (30/4/2017), baru-baru ini mengeluarkan satu kenyataan bahawa China telah menghasilkan telur buatan yang dipercayai diperbuat daripada plastik.

Walaupun AVA menegaskan bahawa telur palsu tersebut belum dieksport ke luar negera lagi, namun ada kebimbangan jika telur palsu dari China sudah dijual luas ke seluruh dunia.

Kementerian Kesihatan China menjelaskan dalam sebuah kenyataan bahawa telur palsu diperbuat daripada bahan kimia seperti kalsium karbonat, bahagian kuning dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, gelatin, tawas, asam benzoat, kalsium klorida, air, dan komponen kimia lain.

Walaupun tidak diketahui secara pasti sama ada telur palsu telah dieksport ke luar negeri atau tidak, termasuk Malaysia, adalah lebih baik jika anda berwaspada dengan mengetahui ciri-ciri telur buatan dari China di bawah ini.

1. Permukaan telur palsu lebih kasar berbanding telur asli.


2. Saiz telur palsu lebih besar 
berbanding saiz normal telur biasanya.


3. Telur palsu mempunyai kuning yang kelihatan lebih terang dan jelas.


4. Ketika digoncang, telur palsu akan mengeluarkan bunyi cecair.


Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->