Tuesday, 18 April 2017

Hakim Jawab Tuduhan Rafizi Hakim Syariah Cenderung Terlibat Rasuah



PETALING JAYA: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mahu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau mengenai risiko hakim mahkamah Syariah terlibat dalam rasuah.

Presidennya Musa Awang (gambar) mendakwa kenyataan Rafizi itu tidak berasas.

"PGSM menegaskan bahawa sejak mahkamah Syariah telah ditubuhkan, hanya terdapat satu kes di mana seorang hakim mahkamah Syariah telah terlibat dengan rasuah dan itupun ia tidak melibatkan sejumlah besar wang," kata Musa dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada hari Isnin lalu, Rafizi telah mengambil bahagian dalam sidang perbahasan parlimen olok-olok anjuran pembangkang yang membincangkan Rang Undang-Undang
 Persendirian yang dibawa Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang, juga dikenali sebagai RUU355.

Beliau telah membangkitkan isu bahawa pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang tidak menyentuh tentang kenaikan gaji hakim-hakim mahkamah Syariah boleh mengundang risiko rasuah atau penyalahgunaan kuasa oleh hakim-hakim.

"Kenyataan Rafizi Ramli telah mencemarkan maruah Mahkamah Syariah serta hakim-hakim Syariah.

"Oleh itu, PGSM menyeru Rafizi Ramli untuk menarik balik tuduhan yang tidak berasas dan kenyataan serta memohon maaf kerana secara terbuka kepada semua hakim Syariah dan umat Islam," kata Musa.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->