Wednesday, 19 April 2017

Guru Terkejut Lihat Pelajar Bawa 'Kotex' Dalam Kelas, Namun Bila Dibuka, Rupa-Rupanya...


 

Buat segelintir ibu bapa, membeli peralatan anak-anak sekolah adalah tidak menjadi masalah besar. Tetapi, terdapat juga ibu bapa yang tidak berupaya untuk memberi peralatan lengkap yang diperlukan bagi anak-anak untuk belajar.

Hal itulah yang dijumpai oleh seorang guru, Syafaat Nasir, yang terperanjat apabila salah seorang pelajarnya membawa 'kotex' ke sekolah.

Walau bagaimanapun, isi di dalamnya bukanlah seperti yang kita semua duga. Guru tersebut memberitahu sejurus sahaja ia dibuka, beliau mendapati ada alatan mewarna di dalamnya.

"Terkejut tengok anak murid bawa dalam kelas. Bila check, rupanya dalam ada color pencils. Takpa la. Janji boleh letak color pencils leklok." kata beliau.

Kejadian menghayat hati itu dikongsi oleh guru terbabit di akaun Twitternya semalam.


Namun itu bukan pengakhiran kisah tersebut. Guru terbabit kemudian menghadiahkan anak murid itu sebuah kotak pensil baru bersama satu beg kecil bagi menyimpan pensil warnanya.

"Haaaa pencil box dan color pencils box baru. Nasib baik ada stok hadiah pertandingan lebih haritu. Parents jangan tak sensitif sangat ya!" kata Syafaat.



Kata beliau juga, setelah kejadian menyedihkan itu dikongsi di Twitter, netizen mula menghubunginya bagi menyalurkan sumbangan.

"Laju gila orang whatsapp gua nak bagi sumbangan color pencils baru untuk students gua. Baik betul hati. Murah rezeki la semua!".

Ia sekaligus menunjukkan betapa baik hatinya rakyat Malaysia. Tahniah semua!

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->