Friday, 7 April 2017

Abang Michael Jackson, Jermaine Dedah Sebab Beliau Peluk Islam



Jermaine Jackson, abang kepada mendiang raja muzik pop, Michael Jackson, berkongsi pengalamannya bagaimana dari beragama Kristian beliau boleh memeluk Islam.

Dailypost.ng melaporkan bahawa Jermaine, dalam temu bual dengan BBC, menceritakan bagaimana perjalanan ke Timur Tengah dengan kakaknya pada akhir 1980-an membuatkan beliau jatuh cinta dengan Islam.

Semasa lawatan mereka, Jermaine menekankan bahawa mereka bertemu dengan beberapa kanak-kanak yang "mengalu-alukan" mereka.

Jermaine, seorang komposer dan bekas ahli The Jackson 5 mengatakan ketika berbual-bual dengan kanak-kanak, mereka dengan bangga mengaku sebagai seorang muslim.

Keyakinan kanak-kanak tersebut menyebabkan beliau merasakan "gegaran dari dalam."

Jermaine berkata, "Kemudian mereka mula memberitahu saya tentang Islam. Mereka memberikan saya banyak maklumat. Nada suara mereka menunjukkan bahawa mereka sangat berbangga dengan Islam. Ini adalah bagaimana saya tergerak hati dengan Islam.

"Satu perbualan yang singkat dengan sekumpulan kanak-kanak akhirnya membawa saya untuk kepada wacana panjang tentang Islam dengan ulama Islam. Saya telah gagal dalam percubaan untuk memujuk diri sendiri bahawa tiada apa yang berlaku dan saya tidak dapat menyembunyikan hakikat ini lagi dari diri sendiri bahawa di hati saya telah memeluk Islam. Saya mendedahkan perkara ini pertama kali kepada rakan keluarga saya, Qunber Ali. "

Menjelaskan bagaimana beliau merasakan selepas menjadi seorang muslim, Jermaine berkata:

"Setelah memeluk Islam, saya merasakan seolah-olah saya telah dilahirkan semula. Saya dapati Islam adalah jawaban atas pertanyaan yang saya telah gagal untuk temui dalam agama Kristian.

"Terutama, hanya Islam yang menyediakan jawapan yang memuaskan kepada soalan yang berhubungan dengan kelahiran Musa. Buat pertama kali saya yakin tentang agama itu sendiri.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->