Friday, 21 April 2017

8 Fakta Mengerikan Tentera Korea Utara Yang Membuat Dunia Ketakutan


Tentera Korea Utara (foto: nbcnews.com

Akhir-akhir ini, Korea Utara semakin rancak meningkatkan kekuatan pasukan tentera mereka. Bahkan, satu perempat dan satu pertiga daripada bajet negara yang dipimpin oleh Kim Jong-un itu dibelanjakan untuk keperluan tentera.

Korea Utara mempunyai s
ekurang-kurangnya lebih dari satu juta tentera, ribuan pesawat serta ribuan kereta kebal. Menurut khabar angin yang tersebar, Korea Utara sedang membangunkan senjata nuklear dan senjata pembunuh lain. Hal itu dibuktikan apabila beberapa hari lalu Korea Utara turut melakukan pengujian peluru berpandu nuklear hingga menyebabkan gempa bumi.

Bukan hanya itu, Korea Utara juga turut mengeluarkan video yang memaparkan simulasi peluru berpandu nuklear menghentam Washington DC, di Amerika Syarikat. Mereka mengatakan tidak akan teragak-agak melancarkan peluru berpandu nuklear jika AS berani masuk campur dengan urusan mereka.

Selain itu, masih ada fakta-fakta lain tentang tentera Korea Utara yang dianggap boleh mengugat keamanan dunia. Disiarkan Laicikang.com seperti dipetik dari laman Emgn.com, berikut fakta-fakta menakutkan tentera Korea Utara.

8. Korea Utara mempunyai senjata kimia




(Foto: emgn.com)

Menurut pembelot, Korea Utara mempunyai senjata kimia berbahaya, seperti gas tradisional yang digunakan semasa Perang Dunia I, di antaranya klorin, fosgen dan gas mustard yang mampu melumpuhkan saraf dalam waktu yang pantas. Selain itu, pembelot juga menyatakan bahawa senjata kimia ini diuji kepada tahanan politik di kem kerja paksa.

7. Ada 1-6 juta tentera simpanan


(Foto: emgn.com)

Korea Utara mempunyai 1-6 juta tentera simpanan yang siap dihantar pada bila-bila saja jika sekiranya berlaku perang. Bahkan, negara itu melaksanakan peraturan wajib tentera bagi setiap lelaki. Dalam kata lain, Korea Utara juga akan menggunakan orang awam sebagai tentera.

6. Mempunyai senjata laser terlarang

(Foto: emgn.com)

Badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) melarang setiap negara untuk menggunakan senjata laser yang boleh membutakan mata orang. Tetapi, Korea Utara masih mempunyai senjata ini dalam kuantiti yang banyak.

Senjata laser tersebut adalah jenis ZM-87 yang mampu membutakan mata setiap orang yang terkena cahayanya. China juga dilaporkan mempunyai berpuluh-puluh senjata ini.

5. Korea Utara mempunyai unit siber

(Foto: emgn.com)

Bukan hanya dari pasukan bersenjata yang dimiliki Korea Utara, tetapi Korea Utara juga mempunyai banyak pasukan dari unit siber. Mereka mempunyai kemahiran untuk menggodam ke dalam sistem komunikasi negara lain.

Buktinya, Syarikat Sony pernah digodam oleh seorang hacker dari Korea Utara pada tahun 2014 lalu. Bukan hanya itu, Korea Utara juga dituduh pernah menggodam puluhan ribu komputer, bank dan organisasi kerajaan Korea Selatan.

4. Korea Utara mempunyai banyak kapal selam

(Foto: emgn.com)

Angkatan laut Korea Utara pula dikatakan mempunyai kira-kira 70 hingga 75 unit kapal selam. Jumlah itu hampir sama dengan kapal selam AS yang berjumlah 75 unit. Namun dilihat dari segi kecanggihan, kapal selam AS masih mempunyai kelebihan dari 
Korea Utara kerana boleh menampung puluhan nuklear dalam satu kapal.

3. Korea Utara mempunyai banyak kereta kebal, meriam dan roket

(Foto: emgn.com)

Korea Utara dipercayai memiliki kira-kira 4,100 kereta kebal, 6,500 senjata meriam, 2500 pelancar roket dan lebih 1,000 pesawat. Jumlah ini adalah besar untuk sebuah negara yang kecil. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada kapal terbang tidak digunakan kerana kekurangan bahan api, dan sebahagian besar kereta kebal dan senjata terlalu lama untuk bertahan akibat konflik yang berterusan.

2. Pengebom bunuh diri nuklear?

(Foto: emgn.com)

Pada tahun 2013, dunia digemparkan dengan tersebarnya foto sekumpulan tentera Korea Utara membawa beg galas dengan simbol tenaga nuklear. Dari situ muncul tanggapan bahawa Korea Utara mahu menggunakan tenteranya untuk melakukan bom bunuh diri dengan menggunakan bom nuklear. Menakutkan jika benar!

1. Berapa banyak bom nuklear yang dimiliki Korea Utara?

(Foto: emgn.com)

Setakat yang diketahui dunia, Korea Utara sudah melakukan empat kali ujian percubaan bom nuklear. Namun itu tidak menunjukkan bahawa Korea Utara mempunyai hanya 4 bom nuklear, bahkan mungkin saja lebih.

Menurut jangkaan, Korea Utara mempunyai 15-20 bom nuklear, tetapi belum mampu menjangkau jarak yang jauh. Menurut j
angkaan, bom nuklear Korea Utara hanya mampu mencapai bandar Seoul di Korea Selatan, Tokyo di Jepun, dan Bangkok di China.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->