Friday, 10 March 2017

Video Meteor 'Membelah' Langit Jadi Gempar, Asli Atau Palsu?



Sebuah video yang memaparkan sesuatu bercahaya yang dipercayai meteor 'membelah' langit di Australia menggemparkan netizen.

Menurut Boredomtherapy.com, video ini diambil oleh seorang lelaki yang tidak disebutkan namanya sewaktu sedang berjalan di sekitar pantai yang tidak diketahui tempatnya. Ketika berjalan, lelaki itu menguji kamera barunya dengan merakam pemandangan sekeliling.

Tiba-tiba, sesuatu bercahaya kelihatan di atas langit. Objek yang dipercayai sebagai meteor itu tidak lama kemudian meletup di langit dan menghasilkan bunyi yang kuat dengan cahaya yang kelihatan seperti 'membelah' langit.

Video itu telah menyebabkan kecoh selepas video itu dimuat naik ke YouTube oleh akaun Jukin Video. Tetapi ramai netizen tidak mempercayainya dan menganggap bahawa video ini palsu.

Apa pendapat anda?



Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->