Saturday, 11 March 2017

Tahukah Anda Fungsi Lekukan Bahagian Tengah Bibir Atas Ini?



Masa sekolah dulu, mesti kita tahu tentang semua fungsi organ tubuh bahagian luar kan? Namun ada satu bahagian pada tubuh kita yang ramai antara kita tidak tahu apa fungsinya bahagian tersebut.

Bahagian tersebut dinamakan filtrum yang merupakan alur menegak yang terletak antara bawah hidung dan atas bibir. Semua orang mesti mempunyai filtrum, namun adakah anda tahu apa fungsinya? Pasti anda semua tidak tahu apa kegunaan sebenar filtrum kan?

Filtrum penting kerana ia membawa wap air dari mulut ke galas hidung bagi memastikan hidung supaya dalam hidung tetap basah.

Bukan itu sahaja, bahagian filtrum itu juga mampu mencantikkan lagi senyuman kita. Cuba bayangkan jika filtrum anda rata, kemudian anda tersenyum, mesti senyumannya nampak sedikit aneh.

Filtrum yang rata juga menyebabkan mulut kita nampak lebih besar seperti mempunyai rahang yang menonjol ke depan yang menjadikan paras kita kurang enak dilihat.

Subhanallah, ternyata Allah memang menciptakan kita dengan sangat sempurna dan terperinci, dari bahagian yang paling kecil hingga yang paling besar.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->