Tuesday, 7 March 2017

Rakyat Malaysia Yang Berada Di Korea Utara Dilarang Keluar, Ini Tindak Balas Malaysia





Korea Utara telah mengharamkan rakyat Malaysia dari meninggalkan negara itu berikutan sengketa diplomatik kes pembunuhan abang tiri Kim Jong-un.

Kementerian Luar Pyongyang berkata, sekatan perjalanan akan terus berkuat kuasa "sehingga keselamatan diplomat dan rakyat (Korea Utara) di Malaysia dijamin sepenuhnya", dan melahirkan harapan bahawa kes itu dapat diselesaikan secara cepat dan adil.

Sebelas warga Malaysia kini dipercayai berada di Korea Utara termasuk tiga orang yang bekerja di kedutaan Malaysia denganbersama keluarga mereka.

Sebagai tindak balas, Malaysia mengeluarkan arahan menyekat kakitangan kedutaan Korea Utara dari keluar negara dan pegawai mula proses menyekat kedutaan untuk menghalang sesiapa daripada meninggalkan bangunan.

Empat orang telah ditahan berhubung kes pembunuhan Kim Jong Nam

Korea Utara telah menafikan terlibat dalam pembunuhan itu. Walaupun Pyongyang sedang cuba untuk mendapatkan semula mayat Kim Jong-nam, negara yang berahsia itu masih tidak mengakui bahawa mangsa itu ada berkait dengan pemimpin negara.

Empat suspek Korea Utara dipercayai telah meninggalkan negara ini pada hari pembunuhan itu. Tiga lagi suspek dipercayai masih berada di Malaysia.

Satu-satunya suspek Korea Utara yang diberkas berhubung kes pembunuhan tersebut telah dihantar pulang minggu lalu kerana tidak ada bukti yang cukup untuk mendakwanya.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->