Wednesday, 15 March 2017

Ngeri, 30 Penduduk Kampung Dirasuk Disebabkan Patung Sihir Ini



Sekumpulan penduduk sebuah kampung yang terletak di Santa Tomas, berhampiran dengan Waspan, di selatan Nicaragua, dirasuk beramai-ramai setelah menjumpai sebuah anak patung sihir.

Sekurang-kurangnya 30 penduduk kampung tiba-tiba dirasuk. Mereka dipercayai mengalami Grisi siknis atau bermaksud penyakit gila. Grisi siknis biasanya terjadi di kalangan masyarakat perempuan 
terutamanya yang muda di Tengah Timur Amerika.

Orang yang mengalami sindrom ini dikatakan mempunyai penglihatan syaitan. Sindrom menular ini biasanya boleh diketahui dengan beberapa tanda iaitu mual, pening, suka marah, dan ketakutan.

Menakutkannya lagi, setiap kali ada seseorang dirasuk, apabila dia menyebut nama orang lain, dan orang tersebut akan jadi mangsa kerasukan seterusnya.

Seorang wanita yang tinggal di kampung tersebut yang dikenali sebagai Marisella, telah berusaha mencipta ubat-ubat untuk menyembuhkan warga desa yang terkena sindrom ini.

Dia menciptakan ubat-ubatan yang ditaburkan di belakang kampung dengan harapan dapat menghalau roh-roh jahat masuk.

Namun setelah diselidiki lebih lanjut, Marisella mengatakan bahawa dia sudah menemui punca kerasukan ini, iaitu sebuah anak patung sihir.

"Sebuah patung dengan pita hitam dan tanda salib di wajah (sudah ditemui di jalan)," kata Marisella, seperti diambil dari Mirror (9/3/2017).

"(Patung) itu menunjukkan sudah dipengaruhi oleh ilmu hitam dan pengaruh buruk. Sejenis roh jahat," tambahnya.

Sekarang penduduk kampung sudah memutuskan untuk membakar anak patung sihir tersebut agar roh jahat tidak datang kembali.


*Artikel ini ditulis berdasarkan cerita dan kepercayaan masyarakat setempat

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->