Wednesday, 15 March 2017

Polis Jelas Kenapa Remaja Ini Tidak Boleh Didakwa Atas Hukuman Bunuh



BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki dilaporkan maut dalam satu kemalangan membabitkan enam kenderaan lain didakwa disebabkan oleh kereta yang dipandu melawan aliran trafik.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, Proton Gen2 sedang dipandu melawan arus semasa kejadian 07:50 di KM134 Selatan Lebuhraya Utara (NSE).

Beliau berkata, kereta itu merempuh hadapan sebuah Perodua Kelisa, menyebabkan kematian seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai Mohamad Fandi Rosli, 26, dan menyebabkan kereta mangsa hilang kawalan.




“Siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Proton Gen2 dipercayai memandu dengan melawan arus dari arah bertentangan iaitu dari Sungai Dua menghala ke Butterworth, apabila tiba di lokasi kejadian kereta yang dipandu seorang wanita itu kemudiannya dipercayai melanggar sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi.

“Perlanggaran tersebut mengakibatkan kereta yang dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan dan pada masa sama berlanggar dengan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki,” katanya.


"Dia (Mohamad Fandi) cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Nik Ros Azhan berkata pemandu kenderaan lain mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan pesakit luar di hospital yang sama.

Pihak berkuasa telah mendapatkan sampel darah daripada remaja yang ditahan yang disyaki mabuk.


Dakwaan bunuh

Kemalangan yang berlaku itu mendapat pelbagai reaksi netizen, dengan menggesa agar gadis yang berusia 19 tahun itu didakwa atas kesalahan membunuh.

Bagaimanapun, Nik Ros berkata ia tidak boleh dilakukan disebabkan perbuatan tersebut tidak berniat membunuh.

Beliau menambah, Seksyen 44 Akta Jabatan Pengangkutan Jalan membawa hukuman 4-10 tahun, manakala bagi kesalahan bunuh tanpa sengaja di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan, ia hanya membawa hukuman maksima 2 tahun.

Polis 
turut mengesahkan bahawa remaja perempuan tersebut positif dadah jenis syabu (methamphetamine), namun masih menguji sampel darah untuk kandungan alkohol.

Menurutnya, remaja itu akan disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana salah guna dadah.


Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->