Saturday, 11 March 2017

IGP Khalid Akhirnya Dedah Identiti Sebenar Mayat 'Kim Chol'



KUALA LUMPUR: Malaysia semalam (10 March) mengesahkan bahawa lelaki yang sebelum ini dikenali sebagai Kim Chol sememangnya Kim Jong Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Kim Jong Nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 hampir sebulan lalu. Ia adalah kali pertama pihak polis secara rasminya mengesahkan identiti lelaki yang membawa pasport di bawah nama Kim Chol.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pada Jumaat semalam bahawa mereka telah menyiapkan siasatan mengenai kematian itu dan akan menyerahkan mayat kepada Kementerian Kesihatan.

Beliau tidak mengulas lanjut mengenai sama ada sampel DNA masih diperlukan untuk mengenal pasti badan, atau bagaimana pihak berkuasa dapat kesimpulan mengenai identiti mayat tersebut.

"Saya tidak akan beri penjelasan lanjut macam mana caranya (sahkan identiti Jong-nam), demi keselamatan saksi-saksi, saya tidak akan beri apa-apa penjelasan, jadi kini kami telah selesai (jalankan penyiasatan) ke atas di mati," katanya. 

Malaysia berkata pembunuh yang membunuh Kim Jong Nam menggunakan ejen saraf VX, sejenis bahan kimia yang disenaraikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai senjata pemusnah besar-besaran.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->