Saturday, 4 March 2017

Ibu Terkejut Nampak Anak Ratah Mayat Dalam Bilik



Seorang ibu terkejut apabila melihat anaknya yang juga seorang penagih dadah sedang makan mayat seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang telah dia dibunuh.

Miyan yang berusia pertengahan 20-an, dilaporkan telah memotong leher budak, tangan dan kaki budak kecil itu kepada beberapa bahagian selepas memancing mangsa keluar daripada kawan-kawannya.



Seorang polis menerangkan detik mengerikan melihat mayat kanak-kanak tanpa kepala dalam keadaan terkejut.

Beliau berkata, "Mayat mangsa terbaring di atas lantai dengan kepala dipotong di sebelahnya.

"Kulit di bahagian perut telah hilang dan bahagian-bahagian dalaman badan dan kesan darah bertaburan di seluruh bilik."

Pegawai itu berkata, pembunuh itu duduk berhampiran mayat dan menyerah diri kepada polis tanpa melawan.

Beratus-ratus penunjuk perasaan marah dilaporkan berkumpul di luar balai polis menuntut Miyan dikenakan hukuman bunuh.

Dia didakwa dengan pembunuhan dan penculikan.



Mayat dibalut dengan selimut di dalam bilik yang berlumuran darah

Miyan, disifatkan penduduk tempatan sebagai seorang penagih dadah, nampaknya memancing Mohammad Monis ke dalam rumah itu ketika dia bermain di luar dengan kanak-kanak lain.

Suspek telah diletakkan dalam tahanan dan sedang menunggu perbicaraan.

"Kami akan cuba untuk melengkapkan siasatan kes itu dan mengemukakan kertas pertuduhan di mahkamah," kata pegawai polis Devranjan Verma kepada Hindustan Times.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->