Wednesday, 1 March 2017

5 Orang ini Dihukum Mati Kim Jong-un Kerana Kesalahan Remeh



Hukuman mati pada dasarnya merupakan hukuman paling berat yang dijatuhkan oleh pihak mahkamah kepada penjenayah. Hukuman mati biasanya dikenakan kepada pesalah yang melakukan jenayah berat seperti pembunuhan. Akan tetapi, ada juga beberapa orang yang telah dihukum mati hanya kerana melakukan kesalahan remeh. Hukuman mati ini adalah di bawah pemerintahan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Kim Jong Un yang merupakan pemimpin tertinggi Korea Utara dalam beberapa tahun akhir ini telah mengenakan banyak hukuman mati kepada sejumlah orang yang melakukan kesalahan remeh. Hukuman mati itu dikenakan bagi orang yang tidak disukai, semata-mata untuk mengukuhkan pengaruh pemerintahan.

Inilah dia antara beberapa orang yang dihukum mati Kim Jong Un kerana melakukan kesalahan remeh.

1. Tonton drama Korea Selatan, 10 pegawai dihukum bunuh





Menurut Perkhidmatan Risikan Kebangsaan Korea Selatan (NIS), Pyongyang telah membersihkan kira-kira 10 pegawai dari Parti Pekerja kerana menonton drama Korea Selatan. Hanya kerana menonton drama korea saja mereka dihukum mati dengan hukuman tembak.

2. Takut reputasi isteri jatuh, ahli kumpulan muzik Korea Utara ditembak mati?




Terdapat juga laporan bahawa sembilan ahli kumpulan muzik Korea Utara, Unhasu Orchestra, di mana Ri Sol-ju, isteri Kim pernah bekerja sebagai penyanyi dan Troupe Art Wangjaesan, telah dikenakan hukuman mati kerana membuat video lucah, dan bimbang boleh merosakkan reputasi Ri .

3. Bapa Saudara yang didakwa merosakkan parti




Antara pegawai kanan regim yang dikenakan hukuman mati ialah bapa saudaranya sendiri, Jang Song-thaek. Beliau dibunuh pada tahun 2013 setelah diputuskan bersalah melakukan kesalahan terhadap negara, termasuk merosakkan parti dan 'mengimpikan impian berbeza'.

4. Ibu Saudara yang marah diracun sampai mati?




Isteri Jang Song thaek yang merupakan ibu saudara Kim, dipercayai tidak berpuas hati atas kehilangan suaminya. Pernah dilaporkan bahawa Kim Kyong Hui, 68, meninggal dunia akibat strok ketika bertengkar tentang hukuman bunuh suaminya. Tetapi tidak lama selepas itu ada pihak yang mendakwa Kim mengarahkan pembunuhan beliau dengan racun selepas dia mengadu tentang kematian suaminya yang berusia 67 tahun itu..

5. Tidur ketika acara, Menteri Pertahanan Korea Utara ditembak menggunakan senjata anti-serangan udara



Menteri Pertahanan Korea Utara dipercayai dihukum mati dengan cara ditembak menggunakan senjata anti-serangan udara sebagai balasan kerana tertidur dalam sebuah acara rasmi yang dihadiri pemimpin negeri itu, Kim Jong-un. Hyon Yong Chol, 66, didakwa melakukan pengkhianatan setelah menunjukkan "rasa tidak hormat" kepada Kim Jong Un dalam sebuah acara ketenteraan.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->