Thursday, 23 February 2017

Seram, Ada Penampakan Hantu Perempuan Di Sekolah Yang Ditinggalkan Ini?



Ramai antara kita yang mengganggap bahawa makhluk halus ini gemar menghuni kawasan atau bangunan yang jarang dihuni oleh manusia, lihat saja bangunan-bangunan kosong yang sudah dibiarkan. Ya, aura mistik memang sering terasa saat berada dalam bangunan kosong sehingga boleh menyebabkan bulu roma kita meremang!

Perkara itulah yang dilalui seorang pengguna Reddit dengan nama akaun All_Natural_Cody ini yang merasakan pengalaman menyeramkan saat melawat sebuah bangunan bekas sekolah yang tidak diberitahu lokasinya.

Pengguna Reddit itu berkongsi sebuah gambar yang memaparkan bahagian dari bangunan bekas sekolah yang sudah ditinggalkan. Bukan bangunan yang menakutkan, namun sosok hantu perempuan yang kelihatan jelas di bahagian gelap bangunan sekolah tersebut.

Diperhatikan dari jauh, penampakan hantu dalam foto ini memang tidak nampak jelas. Namun jika di-zoom, baru kita boleh melihat sendiri penampakan hantu perempuan tersebut.

(Foto: Reddit)

Apa pendapat anda? Adakah foto ini asli?

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->