Sunday, 5 February 2017

Rakan Wanita Kelar Leher Bayi Sendiri Cerita Kejadian Sebenar



Kota Bharu: Seorang ibu yang dipercayai mengelar leher bayinya yang berumur 82 hari semalam dikatakan masih ingin menyusukan anaknya setelah insiden itu.

Dipetik daripada Berita Harian, seorang kenalannya yang hanya ingin dikenali sebagai Lin, 32, berkata beliau sempat berjumpa dengan wanita tersebut di Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) sebelum wanita itu dihantar ke Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental.

"Sebaik mendengar suara tangisan bayi lain ketika menerima rawatan semalam, dia terus mencari Areesa (Nur Areesa Sofea) untuk memberikan susu.

"Saya cuba memujuknya dengan mengatakan akan memberi susu kepada bayinya namun dia berkeras untuk menyusukannya sendiri sedangkan ketika itu bayi malang terbabit sudah pun meninggal dunia," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Lin, sebelum terjadi insiden tersebut, wanita itu ada memberitahu dalam kumpulan Whatsapp bahawa bayinya itu batuk dan tidak mahu menyusu badan.

"Sebelum ini suspek beberapa kali memberitahu rakan dalam kumpulan WhatsApp bahawa kuartersnya kerap terdengar bunyi seseorang menumbuk lesung," tambahnya.

Wanita itu juga banyak kali memberitahu Lin 'benda tu suruh aku buat."

Menurutnya, rakannya itu disuruh oleh 'suara' untuk mengelar bayinya.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->