Tuesday, 28 February 2017

Pas Sokong Pihak Berkuasa Tegas Kendali Kes Kim Jong-nam



SHAH ALAM - Pas menyatakan sokongan kepada ketegasan pihak berkuasa dan kerajaan dalam mengendalikan kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong-nam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tindakan pihak berkuasa tempatan dalam menjalankan siasatan dengan merujuk undang-undang dan prosedur yang wujud di negara ini di mana pembunuhan itu berlaku adalah suatu tindakan yang perlu disokong.

"Kami ingin menyatakan sokongan kami pada ketegasan pihak berkuasa negara kita, terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Luar Malaysia dalam menangani kes pembunuhan warga Korea Utara pada 13 Februari 2017.

"Pas melihat satu percubaan untuk campur tangan bagi pihak Korea Utara melalui wakil-wakil mereka di negara ini yang boleh memburukkan lagi hubungan diplomatik semasa, seperti yang dilaporkan oleh media tempatan dan asing. Pas konsisten memperjuangkan kedaulatan Malaysia daripada mana-mana pencerobohan mana-mana pihak, " kata beliau seperti dipetik dalam Sinar Harian.

Pada 13 Februari, Jong-nam telah menunggu penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, apabila diserang oleh dua wanita dengan cecair beracun.

Lelaki itu dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Berikutan kematiannya, polis menahan dua wanita
 warga Korea Utara dikenali sebagai Ri Jong Chol, 47, bagi membantu siasatan.

Jong-nam datang ke Malaysia pada 6 Februari lalu menggunakan pasport dengan nama Kim Chol.

Siasatan polis masih diteruskan, ia akan mengambil masa kerana melibatkan banyak aspek.

"Isu-isu geopolitik dan dalaman negara yang dikatakan terlibat bukan alasan yang adil untuk mana-mana pihak Korea Utara untuk mengganggu siasatan yang sedang dijalankan dilakukan secara bebas dan profesional oleh pihak polis," kata Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->