Sunday, 19 February 2017

Mangsa Dakwa Pemandu Main Telefon, Tapi Ini Pula Kata Polis...



JOHOR BAHRU: Polis menafikan dakwaan bahawa wanita yang merempuh sekumpulan remaja lelaki berbasikal di Jalan Linkaran Dalam dekat sini, menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata, siasatan telah dijalankan, dan dakwaan yang dilontarkan adalah tidak benar.

"Jika dia (mangsa terselamat) nampak, minta tampil beri statement (keterangan) pada polis," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah yang terselamat bahawa wanita berusia 22 tahun itu menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Menurut Sulaiman, wanita itu merupakan seorang pekerja di kedai ikan di Taman Ungku Aminah, kembali dari rumah kawan di Taman Pelangi ketika kejadian itu berlaku.

Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, lapan remaja lelaki dilaporkan terbunuh selepas dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh seorang wanita, meninggalkan lima lagi dengan kaki patah, dua dalam keadaan tidak stabil disebabkan oleh pendarahan otak, dan seorang lagi luka di kepala.

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika remaja itu berbasikal ke arah Dataran Bandaraya Johor Bahru dan telah menyekat sebahagian daripada Jalan Lingkaran Dalam, sebelah Perkuburan Mahmoodiah yang akhirnya menyebabkan wanita itu tidak sempat mengelak lalu terlanggar kumpulan berkenaan.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->