Monday, 13 February 2017

Kenyataan Sebenar Dr. Asri Kononnya Tidak Setuju Dengan Himpunan RUU 355



Mufti Perlis, Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan oleh sebuah NGO, satu gerakan yang menyokong kebebasan beragama, untuk menganjurkan perhimpunan balas menyangkal Himpunan RUU 355 oleh PAS pada 18 Feb ini.

Bercakap dalam satu forum perbincangan hudud yang diadakan oleh NGO, Angkatan Amanah Merdeka, Dr. Asri berkata perhimpunan seperti itu tidak produktif dan tidak menolong bagi mendidik orang ramai.

"Saya tidak bersetuju dengan perhimpunan balas. Saya rasa jika orang lain mengadakan perhimpunan dengan kita mengadakan juga, perkara ini tidak akan berakhir.

"Ini bukan tentang rali (dalam bantahan atau sokongan) tetapi ia adalah mengenai pendidikan dan bagaimana kita memberitahu orang memberi penerangan (RUU 355)," katanya.

Beliau mengulas wakil Bebas, Azrul Mohd Khalib, yang menjemput semua untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan menentang pindaan RUU 355 yang diketengahkan oleh PAS.

Mengulas lanjut, 
Dr. Asri berkata kumpulan perhimpunan lebih kecil akan mewujudkan persepsi bahawa sokongan majoriti adalah bersama kumpulan yang lebih besar.

"Dan juga, apabila kita mengadakan perhimpunan, ia akan juga mencetuskan sentimen anti-hudud," katanya.

Sepanjang forum itu yang turut dihadiri oleh Penasihat Undang-undang UiTM, Prof Shad Saleem Faruqi dan Ahli Sains Politik USM, Ahmad Fauzi Abdul Hamid, Mohd Asri, berulang kali menegaskan bahawa dia bukan anti-hudud, tetapi sekadar menimbulkan persoalan terhadap syarat-syarat bagi mengenakan undang-undang tersebut.

Beliau turut menasihati semua orang supaya belajar mengenai Islam daripada sumber yang sahih bagi menghindarkan salah faham mengenai agama.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->