Tuesday, 21 February 2017

Kang Chol Tuduh Malaysia Bersekongkol Dengan Negara Luar, Ini Reaksi Malaysia



KUALA LUMPUR - Duta Malaysia di Pyongyang, Korea Utara telah dipanggil balik di tengah-tengah ketegangan yang meningkat antara dua negara berikutan pembunuhan abang tiri kepada pemerintah Korea Utara di Kuala Lumpur.

Kementerian Luar Malaysia berkata dalam satu kenyataan bahawa tujuan memanggil semula dutanya adalah untuk proses rundingan kerajaan dan juga telah memanggil Kang Chol, Duta Korea Utara ke Kuala Lumpur, untuk mendapatkan penjelasan mengenai tuduhan beliau terhadap Kerajaan Malaysia.

Kang berkata Malaysia boleh "cuba untuk menyembunyikan sesuatu" dan bedah siasat ke atas Kim Jong Nam telah dijalankan "tanpa kebenaran dan kehadiran kami." Kim Jong Nam adalah abang tiri pemerintah Korea Utara, Kim Jong Un.

Kenyataan yang dikeluarkan Kang difisatkan tidak berasas, sambil menambah kerajaan mengambil serius sebarang tuduhan yang dilemparkan untuk memburukkan reputasi negara.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->