Friday, 3 February 2017

Foto Ini Berjaya Buat Ribuan Orang Marah, Ini Sebabnya...



(Foto: eBaum 's World)

Orang yang pertama kali menyaksikan gambar lelaki ini mesti akan tercari-cari jikalau ada hantu dalam 
gambar tersebut. Ini kerana dalam gambar ini kelihatan seperti terdapat tanda bulatan merah yang biasa digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang seram berada dalam foto.

Foto ini membuatkan beribu-ribu orang sibuk membongkar apa yang tidak kena dengan foto lelaki ini. Ada yang fikir dalam bulatan merah dalam 
gambar itu menunjukkan penampakan lembaga, ada juga yang mengatakan nampak serigala, manakala yang lain mengatakan tidak nampak apa-apa.

(Foto: eBaum 's World)

Begitu juga dengan gambar berikutnya, di mana lelaki itu kelihatan bergambar di belakang pokok. Dan seperti gambar pertama, gambar kedua lelaki ini juga ada tanda bulatan merah. Sekali lagi netizen sibuk mencari apa yang pelik dalam 
gambar  tersebut. Tapi tahu tak, sebenarnya lelaki ini sudah 'menipu' semua dengan kedua gambarnya itu.

Lelaki ini terus menunjukkan 'kebenaran' disebalik kedua-dua 
gambar peliknya itu, yang mana menimbulkan kemarahan beribu-ribu orang, tidak kurang juga ada yang mengatakan ia adalah satu lawak yang baik untuk mengenakan orang.

Bagaimana tidak, tanda bulatan merah yang ada dalam dua gambar tersebut sebenarnya sejenis alat penangkap serangga yang tidak mempunyai jaring. Lihat 
gambar  di bawah ini.

(Foto: eBaum 's World)

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->