Monday, 23 January 2017

Pertarungan Kalah Mati Ular Sawa Dan Buaya, Ini Pengakhirannya...



Seorang lelaki yang sedang berbasikal di Hutan Simpanan Big Cypress Florida Selatan tidak menduga apabila berpeluang melihat satu pertarungan hidupan liar antara seekor ular sawa burma sepanjang 15 kaki dan juga seekor buaya.

Lelaki tersebut, Joe Capozzi yang juga merupakan seorang wartawan mendengar bunyi percikan air dan sempat memfilemkan apa yang dia jumpai. Dia melihat kaki dan perut buaya sepanjang 6 kaki dibelit oleh seekor ular sawa burma yang lebih daripada dua kali saiznya.

"Apa yang ular sawa itu lakukan adalah membelit badan buaya itu dengan ekornya dan menariknya ke dalam air.

"Selepas itu ia tunggu sehingga haiwan itu letih dan berasa lemas," katanya.


Menurutnya lagi, ular sawa itu berjaya menewaskan buaya tersebut.

Pernah kejadian sama berlaku apabila buaya dan ular sawa dilihat bertarung adalah di Florida Selatan, namun ular sepanjang 13 kaki akhirnya mati apabila perutnya terburai akibat cuba menelan seekor buaya sepanjang enam kaki.




Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->