Sunday, 22 January 2017

Keluarga Mengadu Kena Gangguan Makhluk Halus, Setelah Dipasang Kamera Ternyata...



Sebuah keluarga yang dipercayai berasal dari Sepanyol mengadu tentang gangguan mahkluk halus di sekitar rumah mereka, seperti sering terlihat hantu dan bahkan sampai terkena rasuk.

Bagi mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, mereka pun mengambil keputusan untuk memasang kamera keselamatan di sekitar rumah mereka. Selepas dipasang, kamera tersebut merakam sesuatu yang sangat menyeramkan.

Rakaman itu menunjukkan dua orang sedang berjalan ke arah rumah keluarga itu. Tetapi apa yang mengejutkan terdapat sosok bayangan yang dipercayai hantu kelihatan sedang mengikuti kedua orang itu dari belakang.

Keluarga itu mengatakan mereka tidak terlalu terkejut melihat penampakan dalam video itu oleh kerana sudah banyak gangguan makhluk halus yang telah menghantui mereka.

Sehingga kini tidak pasti di mana video ini dirakam, namun menurut maklumat dari video yang dimuat naik ke YouTube itu dikatakan bahawa rakaman ini diambil di Sepanyol.

Ramai pengguna yang ketakutan dengan penampakan hantu tersebut, sementara sebahagian lagi tidak mempercayainya.



Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->