Sunday, 8 January 2017

Kajian Menunjukkan Kosmetik Murah Dari Asia Boleh Menyebabkan Kematian


Kaum wanita sentiasa obses dengan penampilan, terutama pada bahagian muka. Dalam usaha memastikan kulit muka kelihatan cantik dan bersinar, pasti make up menjadi pilihan terakhir kaum hawa. Tetapi hati-hati, menggunakan kosmetik murah secara sembarangan boleh membawa maut, bahkan boleh mengakibatkan kematian.

(Foto: New Straits Times)

Laman berita antarabangsa New Straits Times telah menghantar sebuah pasukan untuk menyiasat industri produk kosmetik bernilai berbilion-bilion dolar di Asia. Menurut laporan pasukan tersebut, yang jadi masalah dalam industri kosmetik di Asia adalah kurangnya undang-undang, sehingga memudahkan pengeluar untuk memasarkan produk kosmetik palsu mereka dengan harga murah, tapi sebenarnya sangat berbahaya.

Pada tahun 2008, ASEAN Cosmetics Directive (ACD) menjumpai banyak produk kosmetik dan kecantikan dipasarkan dalam skala luas tanpa terlebih dahulu menjalani ketoksikan, satu siri ujian keselamatan di makmal. Pihak pengeluar hanya perlu menyenaraikan bahan-bahan kosmetiknya saja tanpa ada pendaftaran.

Menurut siasatan yang dilakukan pasukan tersebut, produk kosmetik murah yang mengandung bahan berbahaya dijual secara sah di beberapa negara Asia, seperti di China, Malaysia, Thailand, dan Filipina.

Bagi mengetahui apa kesan bahaya dari kosmetik murah tersebut, pasukan penyiasat melakukan penyamaran menjadi seorang pembeli kosmetik di salah satu pasaran di Malaysia. Kemudian mereka menghantar bahan kosmetik tersebut kepada Menteri Kesihatan Malaysia agar dihantar ke makmal untuk dilakukan ujian.

Hasilnya menunjukkan, bahan kosmetik mulai dari pemutih kulit, topeng muka, lipstik, sunblock, maskara dan lain-lain, mengandungi banyak bahan berbahaya yang boleh menyebabkan masalah kesihatan.

(Foto: New Strait Times)

Di antaranya Hydroquinone dan Mercury yang digunakan sebagai ejen 
pemutihan kulit yang boleh mengakibatkan kelumpuhan wajah. Selain itu juga dijumpai logam berat beracun dalam jumlah besar, seperti Kadmium (bahan-bahan untuk menukar warna kulit), Kromium (pewarna), Plumbum (kesan berkilat pada kulit), dan Arsenik (untuk meningkatkan kecerahan kulit).

Antara kesan berbahaya dari kosmetik murah ialah boleh mengakibatkan iritasi kulit, kemerahan dan bengkak, alahan kulit, dan penipisan pada kulit. Namun, kesan yang paling berbahaya ialah ia boleh menyebabkan kanser kulit, kegagalan buah pinggang kerana terlalu banyak logam berat dalam produk kosmetik, dan yang paling buruk adalah kematian.

Oleh kerana itu, berhati-hati ketika memilih produk kosmetik. Sebaiknya anda membeli produk kosmetik yang telah disahkan selamat digunakan oleh KKM.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->