Sunday, 29 January 2017

Inilah 7 Negara Islam yang Dilarang Donald Trump Masuk AS



Presiden Amerika Syarikat (AS) membuktikan janjinya untuk melarang orang islam masuk ke AS. Sebagai langkah awal, Trump telah memutuskan untuk melarang pendatang asal tujuh negara Muslim Timur Tengah dan Afrika untuk memasuki wilayah AS.

Trump menandatangani perintah eksekutif larangan pendatang dari tujuh negara islam pada Rabu lalu.


Tujuh negara Islam yang dihentikan pengeluaran visa pelancong yang dianggap berbahaya ialah Syria, Iraq, Iran, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman.

Bekas ketua peguam di Perkhidmatan Imigresen dan kewarganegaraan dalam pentadbiran Obama berkata, presiden memang memiliki kuasa untuk membataskan penerimaan pelarian dan pengeluaran visa ke negara-negara yang dikehendaki untuk menjaga keutamaan awam AS.

"Dari sudut pandang undang-undang, itu akan menjadi hak hukumnya. Tapi dari sudut pandang dasar, itu akan menjadi idea yang buruk kerana ada keperluan kemanusiaan yang mendesak sekarang bagi pelarian, "ujar Legomsky.

Keputusan Trump tersebut juga mendapat kritikan tajam dari penduduk Muslim Amerika. Mereka menilai, dasar kontroversi Trump akan merugikan Amerika Syarikat.

"Keputusan ini tidak akan membuat negara kita lebih aman, namun akan menimbulkan ketakutan dan kurang terbuka," ujar Pengarah eksekutif nasional Dewan Hubungan Amerika-Islam, Nihad Awad seperti yang dilaporkan oleh The Independent.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->