Tuesday, 6 December 2016

Warga Asing Upah Bunuh Lelaki Kerana Ganggu Isterinya



SUNGAI BULOH: Sebilah parang diikat pada galah sepanjang 3 meter telah digunakan sebagai alat untuk membunuh seorang lelaki ketika sedang tidur di Kampung Melayu, Subang, di sini, pada hari Isnin (28 Nov) pada jam 2.30 pagi.

Tiga lelaki termasuk seorang bekas anggota polis, dipercayai telah membuat jenayah itu melalui tingkap bilik tidur mangsa dengan bayaran RM1,200 setiap seorang.

Puncanya adalah kerana cemburu seorang lelaki warga Indonesia yang telah mengupah tiga lelaki untuk membunuh mangsa yang didakwa telah mengganggu isteri keduanya.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Dr. Abdul Aziz b. Haji Awang Darus berkata isteri mangsa yang menyedari kejadian itu, telah merampas galas itu, namun ketiga-tiga suspek dapat melarikan diri.

"Mangsa yang berusia 20-an, yang dikenali sebagai Yanto, ditikam dan mengalami pendarahan yang teruk dalam perut dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh isterinya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aziz berkata, mangsa meninggal dunia dua hari selepas itu di hospital.

Ditanya oleh pemberita sama ada suspek yang mengupah tiga lelaki terlibat dalam pembunuhan itu, Aziz berkata, suspek dipercayai menjadi dalang tetapi hanya tiga lelaki yang melakukan pembunuhan itu.

Empat ditahan di Kampung Melayu Subang pada hari Jumaat lalu.

Menurut beliau lagi, bekas anggota polis yang ditahan dipercayai telah dipecat kerana kes salah laku, katanya.

Kesemua mereka ditahan reman selama seminggu.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->