Sunday, 4 December 2016

Selepas Kebakaran, Israel Pula Dilanda Ribut Besar Dan Hujan Lebat



Pada minggu lalu, berlaku kebakaran yang besar di Israel sehinggakan mereka terpaksa mengemis pertolongan dari negara jiran untuk menghapuskan kebakaran yang merebak teruk.

Malah, Palestin juga bersama-sama membantu bagi me
madamkan kebakaran yang tidak dapat dikawal.

Kebakaran yang terjadi di sejumlah wilayah Israel selama berhari-hari sebelum ini membuatkan rakyat Israel trauma, namun apabila sudah reda, mereka terpaksa pula menempuhi hujan lebat yang menyebabkan berlakunya bencana banjir.


Hujan lebat dilaporkan turun di beberapa kawasan di Israel antara Khamis malam dan pagi Jumaat. Ribut petir yang kuat juga dilaporkan melanda di tengah dan utara negara itu.

Banjir yang melanda menyebabkan banyak kawasan terjejas dan harta benda musnah. Tanah runtuh juga berlaku disebabkan aliran air yang deras menghakis struktur tanah dan akhirnya menyebabkan sistem perhubungan jalan terputus menyulitkan kerja-kerja menyelamat.

Walla melaporkan, menurut Syarikat Elektrik Israel, ribut petir yang diiringi dengan jumlah sambaran kilat yang luar biasa berlaku.


Membaca komen di laman facebook, ada yang mengatakan banjir itu berlaku kerana mereka berdoa supaya hujan turun terlalu banyak .


Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->