Saturday, 3 December 2016

Polis Bakar 3.3 Tan Ganja, Penduduk Bandar Bertukar Jadi 'Penagih Dadah'



Penduduk di sebuah bandar di Indonesia 'high' apabila polis membakar lebih daripada tiga tan ganja yang dirampas.

Penduduk di Tangerang, 15.5 batu ke
 Barat Jakarta, dilaporkan mengalami sakit kepala dan pening selepas terhidu asap yang dikeluarkan oleh unggun api.

3.3 tan ganja telah dibakar oleh polis di 
Palmerah di pejabat mereka di Barat Jakarta.

Polis Indonesia secara tidak sengaja memabukkan penduduk seluruh bandar Tangerang.

Menurut 
Breitbart.com, rampasan itu bernilai $1 juta.

Polis memakai topeng untuk melindungi mereka daripada asap tetapi orang ramai yang menonton dibiarkan tanpa perlindungan.


Asap merebak dari kawasan itu ke rumah-rumah penduduk 
sekitar.

Seorang penduduk bernama Deden berkata: "Saya mendapat sakit kepala kerana saya tidak memakai topeng. '

Turut dimusnahkan juga 1.8 kilogram shabu dan 2,538 pil ekstasi.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->