Sunday, 11 December 2016

Pekerja Temui Bandar Bawah Tanah Berusia 5000 Tahun Secara Tak Sengaja



Ia kedengaran seperti dalam cerita The Lord of the Rings. Sebuah bandar bawah tanah yang besar dipenuhi terowong yang diterangi oleh lampu minyak, dengan bilik yang cukup untuk lebih daripada 20,000 orang, berjaya ditemui yang hanya selama ini berada di bawah tanah sahaja.

Pekerja-pekerja di Turki menjumpai bandar bawah tanah itu selepas memecahkan dinding untuk pengubahsuaian di bandar Nevsehir.


Bandar yang dipercayai berusia 5,000 tahun ini dikatakan lebih besar dari Derinkuyu, bandar bawah tanah yang dibina pada era Byzantine bagi melindungi penduduk daripada peperangan agama di rantau ini.

'Penemuan baru ini seperti menjumpai mutiara baru, berlian baru, emas baru,' kata Datuk Bandar Nevsehir, Hasan Unver berkata kepada National Geographic.

Kerja-kerja pengubahsuaian yang dirancang telah dibatalkan dan penemuan itu dikaji oleh ahli arkeologi.






Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->