Friday, 16 December 2016

Kisah Sedih Di Sebalik Video Lelaki Berendam Dengan Dua King Cobra



Pernahkah anda melihat bagaimana penjinak ular beraksi dengan ular beracun? Mungkin anda menjadi tertanya-tanya bagaimana boleh ular tersebut tidak mematuk si penjinak ular.

Video ini mungkin boleh menjawab semua rahsia pertanyaan anda. Dalam video yang dimuat naik ke YouTube oleh akaun Sorl Orng ini menunjukkan seorang lelaki yang berani berendam di dalam tab mandi bersama dengan dua ekor ular king cobra yang sangat berbahaya.

Sepanjang video ini, kedua-dua king cobra itu kelihatan tidak menyerang lelaki tersebut. Malah, lelaki ini dengan berani menghampirkan mulutnya kepada salah satu kepala ular king cobra itu. Jadi, apakah yang menyebabkan kedua-dua king cobra itu tidak menggigit lelaki tersebut?

Bukan kerana sudah dijinakkan sepenuhnya, namun terdapat kemungkinan mulut mereka sudah dijahit atau gigi mereka telah dikeluarkan. Ini adalah amalan biasa di kalangan penjinak ular di India untuk menghalang mereka daripada menggigit.. Oleh kerana itu, lelaki ini berani berendam dengan dua king cobra.

Apa yang lebih teruk adalah ular tersebut akan perlahan-lahan mati
 akibat kebuluran.
.
Namun sayang, masih ramai orang yang tidak tahu tentang kekejaman terhadap haiwan ini. Mereka fikir bahawa ular itu sudah dijinakkan sepenuhnya oleh si penjinak ular.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->