Saturday, 17 December 2016

Kampung Kecil Di Indonesia Ini Jadi Tempat Penyembelihan Ular Terbesar Di Dunia


Tempat penyembelihan ular terbesar di dunia ada di kampung Kertasura, Cirebon, Jawa Barat (Foto: dailymail.co.uk)

Kampung-kampung kecil di Indonesia biasanya sinonim dikenali sebagai kampung terbersih di dunia, kampung pembuat keris, atau kampung dengan majoriti masyarakatnya bekerja sebagai tukang. Terdapat juga kampung yang jadi tempat penyembelihan ular terbesar di dunia.

Penyembelihan ular besar-besaran di 
kampung ini bukan kerana ular-ular tersebut mengganggu masyarakat, tetapi kerana kampung tersebut menjadikan ular sebagai peluang perniagaan yang telah menjadi satu industri besar yang membantu ekonomi masyarakat.

Jika anda ada peluang berkunjung ke Cirebon, Jawa Barat, cubalah berkunjung ke 
kampung Kertasura. Kampung kecil ini menjadi tempat penyembelihan ular yang untuk diambil kulitnya untuk memanfaatkannya .

(Foto: independent.co.uk)

Adalah menjadi perkara yang biasa jika anda melihat ular-ular berbisa disembelih dengan jumlah yang banyak dan selepas itu dijemur di tepi jalan. Setiap hari, masyarakat di Kertasura akan mendapatkan ular dari pemburu lalu menternaknya beberapa hari atau terus memprosesnya.


Ular tersebut akan diambil kulitnya dan kemudian dijadikan tali pinggang, beg dan peralatan lain dengan harga yang tinggi.

Kaedah pengambilan kulit ular di desa ini cukup mengerikan, bahkan ada ura-ura yang mengatakan tempat ini menjadi tempat pembunuhan ular paling menakutkan. Namun, bukan hanya kulitnya yang diambil, ular yang sudah tidak mempunyai kulit juga boleh dijadikan bahan masakan atau ubat-ubatan.


(Foto: Getty Images)

Kulit-kulit dari ular ini akan dijual kepada para pengusaha dalam mahupun luar negeri. Sehingga kini, masih belum banyak pelancong yang ingin berkunjung ke kampung ini kerana kekejaman mereka pada ular.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->