Friday, 16 December 2016

Isu Tukar Kad Yang Ramai Orang Tidak Tahu, Ini Penjelasan Bank...



Minggu ini heboh cerita mengenai penukaran kad maybank dan cimb yang dikatakan perlu disegerakan. Boleh dikatakan hampir setiap orang berbicara mengenai penukaran kad sehingga membuatkan orang ramai panik dan ramai yang beratur panjang semata-mata untuk membuat penukaran kad.



Apa yang jadi masalah ialah ramai daripada rakyat Malaysia tidak kira peringkat umur tidak tahu ataupun kurang jelas mengenai penukaran kad ini. Mengikut fahaman mereka, jika tidak melakukan penukaran kad sebelum tarikh-tarikh tertentu, maka pengeluaran wang di ATM tidak dapat dilakukan lagi dan akan dikenakan caj jika lambat membuat penukaran kad.


Namun, menurut CIMB dan Maybank, pengguna masih lagi boleh menggunakan kad yang lama untuk membuat pengeluaran wang, cuma tidak boleh menggunakan kad debit tersebut untuk membuat pembelian bermula tarikh 1 Januari 2017. Jadi, bagi anda pengguna yang tidak menggunakan kad debit untuk membuat pembelian, anda tidak perlu panik kerana anda masih lagi boleh menggunakannya kerana ia tidak menghadkan anda untuk membuat pengeluaran wang di ATM.





Diharap dengan sedikit info ini, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak panik lagi. Menurut Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (ABIM), Datik Mohd Redza Shah Abdul Wahid, kad debit yang tidak ditukar masih lagi boleh digunakan bagi membuat pengeluaran wang tunai sehingga 30 Jun tahun depan.

Pada pendapat admin sendiri, sepatutnya pihak bank perlu membuat kenyataan jelas lebih awal lagi. Agak tidak munasabah jika mereka tidak perasan keadaan panik rakyat Malaysia sehinggakan ada yang beratur awal pagi untuk membuat penukaran kad dan ada yang mendakwa nombor giliran habis pada seawal jam 10 pagi. Apa yang menyedihkan ada warga emas yang datang dari jauh dengan sewa teksi kerana beranggapan mereka tidak boleh mengeluarkan duit lagi dengan kad lama selepas ini.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->