Thursday, 29 December 2016

Ini Amaran Keras Jamal Yang Wajib Disokong Oleh Semua Orang!



PETALING JAYA: Jamal Yunos memberi amaran untuk merobohkan sembilan sarang perjudian haram, 40 rumah urut dan karaoke di Sekinchan jika pihak berkuasa tempatan gagal untuk menutup premis itu, lapor Oriental Daily.

Akhbar harian berbahasa Cina melaporkan, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu mengeluarkan ancaman dengan harapan bahawa Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) yang baru-baru ini menyita Sekin Fisherman Village & Resort milik beliau akan bertindak secara adil dan mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau kemudian bertanya mengapa tindakan hanya diambil terhadapnya manakala pusat perjudian di Sekinchan yang beliau telah dimaklumkan kepada polis terus beroperasi.

Pada hari Jumaat, Jamal dan pengikutnya 'menyerbu' sebuah pusat mesin permainan judi didakwanya beroperasi secara haram di daerah ini.

Beliau kemudian membuat laporan polis yang menyaksikan satu serbuan dilakukan di premis berkenaan beberapa jam kemudian.

Jamal kemudian turut mendakwa sembilan cawangan yang sama telah beroperasi di Sabak Bernam.

"Semua orang adalah sama di bawah undang-undang. Tiada sesiapa yang akan dilayan secara berbeza.

"Saya telah menyewa jentera yang diperlukan untuk merobohkan premis haram, jadi jangan salahkan saya ambil tindakan sendiri," Jamal berkata seperti dipetik oleh Oriental Daily.

Pemimpin Baju Merah berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah Pejabat Tanah Sabak Bernam.

Minggu lepas, resort berusia lima tahun Jamal telah dirobohkan oleh MDSB selepas majlis itu mendapati hotel dikendalikan tanpa lesen yang sah.

Jamal mendakwa dia telah memohon permit tetapi permohonan telah ditolak.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->