Wednesday, 7 December 2016

Gempa Bumi Aceh: Orang Ramai Bertempiaran Lari Selamatkan Diri


Gambar: CHAIDEER Mahyuddin / AFP

ACEH - INDONESIA. Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera selepas kedai-kedai dan rumah-rumah roboh berikutan gempa bumi 6.4 skala Richter yang melanda pada pukul 5 pagi (waktu tempatan) pada Rabu.

Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata gempa bumi tu berpusat kira-kira 20 kilometer ke utara Reulut dan 92 kilometer di selatan Bandar Aceh, pada kedalaman yang disemak semula 8.2 kilometer.

"Gempa bumi itu dirasai kuat dan ramai orang panik dan bergegas keluar di saat rumah-rumah roboh," kata Sutopo Nugroho, Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) dalam satu kenyataan.

Ketua Polis Daerah, Apriadi Achmand berkata, beliau bimbang jika masih ada mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

"Beberapa buah rumah di Pidie Jaya telah roboh dan pemilik masih terperangkap di sana.

"Kami menggunakan jentera berat dalam usaha untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap," katanya kepada AFP.


Seorang pelancong Malaysia kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp hari ini berkata, "Terasa goyang yang sangat kuat kira-kira 10 saat. Saya terus buka tingkap dan melihat ramai orang bertempiaran keluar dalam ketakutan. Kami bergegas mengambil pasport dan berkumpul di lobi hotel bersama-sama pelancong lain."

Beliau yang baru saja sampai semalam untuk melancong di Aceh berkata turut kedengaran seruan azan dan bacaan Al-Quran di masjid sekitar hotel selain orang ramai mengucap dua kalimah syahadah tanpa henti ketika berlaku kejadian.

Pada tahun 2004, Aceh dilanda Tsunami yang meragut lebih 170,000 nyawa dan ribu di negara-negara lain termasuk Malaysia.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->