Friday, 2 December 2016

Angkasawan Dedah Bunyi Misteri Di Angkasa Lepas



Seorang angkasawan telah mendedahkan bahawa beliau pernah terdengar bunyi ketukan misteri dari luar kapal angkasa beliau.

Angkasawan China, Yang Liwei, terdengar bunyi ketukan, namun tiada dapat menjelaskan perkara itu kerana ia berlaku di angkasa lepas.

Yang Liwei, 51, memberitahu dalam satu wawancara. beliau menggambarkan bunyi itu seperti tukul kayu memukul baldi besi, semasa penerbangan angkasa sulungnya pada tahun 2003.

Pengalaman beliau itu telah menimbulkan banyak tanda tanya termasuk kewujudan makhluk asing.

Liwei yang juga angkasawan pertama China, mengaku bingung dengan bunyi itu yang katanya muncul tiba-tiba tanpa sebab, dengan lebih daripada satu kali, menurut agensi berita Xinhua.

"Ia tidak datang dari luar mahupun dalam kapal angkasa, tetapi kedengaran seperti seseorang mengetuk badan kapal angkasa seperti mengetuk baldi besi dengan tukul kayu."

Yang mengatakan selepas terdengar bunyi itu, beliau cuba menyiasat punca bunyi itu, tetapi masih bingung apabila tidak dapat mencari apa-apa yang luar biasa.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->