Tuesday, 13 December 2016

Anda Boleh Jadi Vegetarian Seumur Hidup Jika Digigit Kutu Kecil Ini



Ramai orang yang suka makan daging. Malah, kebanyakan orang lebih suka makan daging berbanding sayur-sayuran. Jadi, memang patut jika penggemar daging mendapati kadar kolesterol dalam tubuh mereka sangat tinggi!

Memang bukan perkara mudah menukar daging kepada sayur-sayuran sebagai pengambilan makanan. Ramai orang yang cuba menjadi seorang vegetarian atau penggemar sayur supaya hidupnya lebih sihat. Namun sayangnya ramai yang gagal di tengah jalan dan kembali mengambil daging.

Tetapi jika anda mahu jadi seorang vegetarian, mungkin anda boleh mencari kutu kecil ini. Ini kerana gigitan kutu tersebut dipercayai boleh menyebabkan seseorang tidak boleh lagi makan daging dan menjadikannya vegetarian sepanjang hayat.


Kutu kecil itu biasanya dipanggil dengan nama "Lone Star Tick" atau kutu bintang satu. Ia dipanggil sebegini kerana kutu ini mempunyai simbol bintang di bahagian belakangnya.

Makhluk kecil ini selalunya boleh dijumpai di hutan-hutan di Barat Tengah Amerika Syarikat, terutama di Texas, Wisconsin, dan Maine.

Menurut iflscience.com, air liur kutu tersebut boleh membuat seseorang menjadi alergi dengan daging yang mempunyai alpha gel, khususnya daging lembu, biri-biri dan babi.


Alergi tersebut bukan sesuatu yang boleh diubati dengan mudah. Jika sudah digigit kutu ini dan dijangkiti, maka harus segera mendapat penanganan perubatan yang serius.

Orang yang pertama kali digigit kutu ini akan mengalami alahan setelah memakan daging, seperti bengkak, gatal-gatal, tersedak, dan muntah.

Disebabkan alahan apabila memakan daging, jadi tidak ada pilihan lain selain memakan sayur-sayuran dan jadi vegetarian 
 sepanjang hayat.

Namun, tidak semua daging 
mempunyai alpha gel. Anda masih boleh menikmati daging ikan, ayam, dan juga ayam belanda.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->