Wednesday, 28 December 2016

Allah Menciptakan Babi, Tetapi Kenapa Mengharamkan Makan Babi?



Al Quran secara jelas menyebut haram memakan daging babi. Malah, pengharaman babi disebutkan beberapa kali yang dirakamkan dalam Surat Al Baqarah ayat 173, Surat Al Maidah ayat 3, surat Al An'am ayat 145 dan surat An-Nahl ayat 115.

Apakah sebab babi diharamkan? Tentu kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengharamkannya. Alasanya, hanya Allah Subhanahu wa Ta'ala yang tahu secara jelas.

Tetapi, ada 10 fakta ilmiah yang yang boleh membuatkan kita berfikir kenapa islam mengharamkan babi. Ini beberapa fakta saintifik sebab babi haram dalam Islam.

1. Daging babi rumah kepada cacing pita


Mengambil daging babi boleh mengakibatkan risiko terkena jangkitan cacing pita (sistiserkosis). Ini disebabkan daging babi yang sarat dengan telur cacing pita dan cacing trachenea lolipia yang boleh berpindah ke tubuh manusia yang memakannya.

2. Pundi air kencing babi sering bocor

Prof. A.V. Nalbandov mengatakan bahawa pundi kencing (vesica urinaria) babi selalu bocor, sehingga air kencingnya boleh meresap ke dalam daging.

3. Babi tidak mempunyai leher


Secara fisiologi, babi tidak boleh disembelih. Ini kerana babi tidak mempunyai leher. Sedangkan Islam meletakkan syarat penyembelihan binatang pada lehernya.

4. Babi haiwan yang rakus

Babi menjadikan apa sahaja yang ada di depannya sebagai makanannya. Ia merupakan haiwan yang paling rakus di dunia. Malah, jika makanannya telah habis, ia memuntahkan makanan dalam perut dan memakannya kembali demi memuaskan nafsu makannya.


5. Babi haiwan paling kotor


Jika di hadapan babi terdapat sampah, ia akan makan sampah itu. Malah, babi juga memakan kotoran. Sehingga kotorannya sendiri pun ditelannya.

6. Babi mengandungi banyak bakteria yang membawa penyakit

Selain sarat dengan cacing pita (Taenia solium), babi juga mengandungi cacing lingkaran (Trichinella spiralis), cacing tambang (Ancylostoma duodenale), cacing paru (Paragonimus pulmonaris), bakteria kolera (Salmonella choleraesuis) dan virus kudis (Scabies).

7. DNA babi mirip manusia

Penemuan fakta mengatakan  DNA babi paling mirip dengan manusia, memakan babi boleh dengan mudah mempengaruhi sifat buruk babi kepada manusia. Selain rakus, sifat  babi yang pernah dikaji oleh Muhammad Abduh adalah tidak mempunyai cemburu. Ketika dua ekor babi jantan dan seekor babi betina diletakkan dalam kandang, dua babi jantan tersebut tidak saling berebut malah saling menolong untuk menikahi babi betina.

8. Daging babi sukar dicerna manusia


Walaupun empuk, hakikatnya daging babi sukar diserap oleh sistem pencernaan manusia. Ini kerana terdapat lemak berbahaya dalam 
daging babi .

9. Babi merupakan pembawa virus selesema babi


Gara-gara babi, virus Avian Influenza jadi ganas. Virus normal AI (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara terus kepada manusia..

10. Daging babi penyebab utama kanser dubur dan usus besar

Peratusan pesakit kanser dubur dan 
usus besar meningkat drastik di negara-negara yang rakyatnya mengambil daging babi, lebih-lebih di negara-negara Eropah, Amerika, China dan India sementara di negara-negara Muslim, peratusnya sangat rendah.

Fakta Sains Jawab Kenapa Makan Babi Diharamkan Dalam Islam

Demikian 10 fakta ilmiah sebab daging babi dilarang dalam Islam. Semoga dapat meningkatkan keimanan kita dan senantiasa berusaha mentaati perintahnya-Nya.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->