Sunday, 25 December 2016

92 Orang Berada Dalam Tu-154 Yang Terhempas Di Laut Hitam



Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Maj. Gen. Igor Konashenkov, berkata, seramai 92 orang berada di dalam pesawat Tu-154 yang terhempas di Laut Hitam.

Terdapat 84 penumpang dan 8 anak kapal di dalam pesawat.

Konashenkov kemudian berkata terdapat 64 daripada mangsa adalah pemuzik dari kumpulan koir tentera Rusia serta pengarah kumpulan itu, Valery Khalilov, berada di dalam kapal pesawat. Ketua Jabatan Kementerian Pertahanan Kebudayaan, Anton Gubankov, juga adalah antara penumpang.

Pada masa ini, sebuah 
helikopter Ka-32 dan tujuh buah kapal laut sedang menjalankan carian di tapak nahas.

Pesawat Tu-154 disahkan jatuh ke dalam Laut Hitam apabila serpihan telah ditemui 1.5 kilometer (1 batu) dari pantai laut Sochi pada kedalaman 50-70 meter (164-184 kaki).

"Serpihan pesawat Tu-154 milik Kementerian Pertahanan Rusia ditemui 1.5 kilometer dari pantai Laut Hitam Sochi pada kedalaman 50-70 meter," kata kementerian itu.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa pesawat itu membawa 91 orang termasuk 83 penumpang dan lapan anak kapal.

Data awal menunjukkan bahawa pesawat itu hilang dalam perjalanan ke 
pangkalan udara Syria, Hmeimim . Menurut sumber itu, punca kemalangan itu dikatakan mungkin daripada masalah teknikal atau kesilapan juruterbang.

Para pemuzik daripada Ensemble Alexandrov dalam perjalanan ke Hmeimim, pangkalan udara di Syria, untuk konsert Tahun Baru.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->