Wednesday, 30 November 2016

Rakaman Detik Terakhir Sebelum Pesawat Yang Membawa Pasukan Kelab Chapecoense Jatuh Menimbulkan Sayu



Maut memang sesuatu yang pasti dan tidak boleh diramal bila ia akan datang. Duka menyelimuti dunia bola sepak selepas jatuhnya pesawat yang dinaiki para pemain kelab Brazil, Chapecoense di Colombia.

Pesawat yang membawa para pemain, jurulatih, dan kakitangan Chapecoense, jatuh berhampiran bandar Medellin semalam.

Kemalangan ini mengorbankan 76 orang manakala 5 mangsa lain selamat namun mengalami luka parah. Berita sebelum ini tersebar, hanya ada tiga pemain Chapecoense yang selamat iaitu Alan Ruschel, Danilo, dan Jakson Follmann.

Kemalangan ini membuatkan mimpi Chapecoense untuk menjuarai gelaran Copa Sudamericana 2016 tidak tercapai. 
Chapecoense sepatutnya akan bertanding dengan Atletico Nacional pada Khamis ini.

Mengharukan, dalam akaun Twitter rasmi Chapecoense ada muat naik video apabila para pemain beserta kakitangan meraikan kejayaan layak ke final Copa Sudamericana. Tidak ada raut wajah duka di semua pemain dan kakitangan, padahal malaikat maut kemudian datang menjemput seminggu berselang.



Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->