Tuesday, 29 November 2016

Ini Maksud Tanda Setengah Lingkaran Di Jari-Jari Tangan



Kuku adalah satu bahagian penting dalam badan kita kerana ia menunjukkan banyak tanda-tanda penyakit yang berbeza, termasuk kanser.

Bercakap tentang kuku, adakah anda tahu apakah itu Lunula? Lunula adalah kawasan putih berbentuk bulan sabit pada akhir kuku jari yang merupakan kawasan yang sangat sensitif yang mesti kita jaga daripada rosak.

Menurut brightside.me, ini adalah beberapa fakta tentang lunula:

1. Ketiadaan lunula pada ibu jari boleh menunjukkan seseorang itu ada penyakit psikologi.
2. Ketiadaan lunula atau saiz sangat kecil pada jari telunjuk boleh menunjukkan bahawa seseorang itu ada masalah dengan usus, hati atau pankreas, serta masalah dengan sistem pembiakan wanita.
3. 
Ketiadaan atau kekurangan lunula pada jari tengah boleh menunjukkan masalah pada bahagian arterinya.
4. Kekurangan lunula pada jari ketiga boleh menandakan bahawa seseorang itu mempunyai masalah dengan sistem endokrin mereka.
5. 
Ketiadaan lunula pada jari keempat mungkin menjadi tanda bahawa usus seseorang itu tersumbat.

Sebagai kesimpulan, lunula itu boleh dianggap sebagai penanda aras kesihatan anda. Oleh itu, apa-apa perubahan yang perlu diambil serius dan diperiksa dengan segera.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->