Monday, 13 June 2016

Kucing Terselamat Selepas Sebelas Hari Terperangkap Dalam Kereta



Seekor kucing terselamat selepas terperangkap dalam but kereta di lapangan terbang selama sebelas hari.

Willow menyelinap masuk ke dalam kenderaan itu ketika pemilik kereta itu mengangkat bagasi ke luar rumah mereka untuk bercuti.

Ia kemudian dijumpai oleh kakitangan lapangan terbang GMP Manchester dalam keadaan lemah dalam kereta yang di parkir di lapangan terbang.

Polis berkata, "haiwan itu kelihatan tidak sihat" dan ia telah dibawa ke doktor haiwan oleh kakitangan lapangan terbang.



Willow telah dilaporkan hilang beberapa hari lebih awal oleh pemilik beliau di Chorley, Lancs.

Jurucakap polis berkata: "Selain daripada mengalami hidrasi, ia berada dalam kesihatan yang baik".


Willow kini dilaporkan sudah dapat makan, minum dan bermain dengan baik.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->