Monday, 23 May 2016

''Sesiapa Yang Menggunakan Lorong Kecemasan Ketika Kejadian Semalam, Anda Adalah Pembunuh!''



Semalam lebih kurang jam 3.30 petang telah terjadi kemalangan berdekatan susur keluar tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka. Kejadian berlaku apabila dua orang penunggang telah merempuah sebuah kereta rosak.

Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa cedera parah dan memerlukan rawatan secepat mungkin. Namun, apa yang mengecewakan, kerana sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang menyalahgunakan laluan kecemasan menyebabkan ambulans mengambil masa yang agak lama untuk tiba di tempat kejadian.

Sesiapa yang ikut lorong kecemasan, anda adalah pembunuh!


Motosikal yang dinaiki dua beradik terlanggar belakang iswara yang rosak dan diletakkan di lorong kecemasan


Lorong tengah dan kanan tidak dapat dilalui, pemandu guna lorong KECEMASAN!


Ambulans ambil masa satu jam ke tempat kemalangan disebabkan ada pemandu menggunakan lorong kecemasan


Keadaan mangsa semakin teruk


Lorong kecemsan digunakan untuk kecemasan, bukan apabila jalan sesak!


Saksikan video di bawah yang dimuatnaik oleh Puvan Barthiban yang merupakan petugas perubatan, rakaman berkenaan menunjukkan ambulans sukar untuk ke lokasi kemalangan menggunakan lorong kecemasan.


Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->