Wednesday, 11 March 2015

White House Tersilap Buang Petisyen ‘Bebaskan Anwar’



Laman Sesawang White House sebelum ini telah menyekat petisyen yang menggesa Presiden Amerika Syarikat untuk mempercepatkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana atas alasan mengunakan tandatangan palsu.

Kedutaan Amerika memaparkan di halaman Facebooknya pagi ini yang menyatakan bahawa pada 9 Mac, White House mendapati berlaku penipuan yang menunjukkan jumlah
 tandatangan yang terlalu tinggi pada petisyen berkaitan dengan pembebasan Anwar.

"Terdapat banyak petisyen yang berkaitan dengan isu ini, dan selepas penilaian susulan, White House mendapati petisyen yang dikeluarkan itu bukan yang mengandungi tanda tangan palsu.

"Untuk memperbetulkan semula ralat, 
White House mengembalikan semula petisyen bertajuk 'Pembebasan Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim Daripada Penjara Menjadi Polisi Utama AS Terhadap Malaysia', dan melanjutkan tarikh akhir untuk mengganti masa yang hilang semasa petisyen itu disekat.

Tiada tandatangan yang dikeluarkan daripada petisyen itu.

Selepas penilaian susulan, White House mendapati ada tandatangan palsu wujud pada petisyen “Menghormati Kedaulatan Negara Malaysia", dan disekat buat sementara waktu daripada laman sesawang tersebut.

Setelah tandatangan yang tidak sah dikeluarkan, White House mengembalikan semula petisyen itu, melanjutkan tarikh akhir untuk menggantikan masa yang hilang ketika petisyen itu dimatikan.

Petisyen itu adalah jawapan daripada rakyat Malaysia yang marah kerana penglibatan White House dalam isu kes liwat Anwar.

Petisyen yang mendesak pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini telah melebihi matlamat 100,000 tandatangan pada pagi ini.

White House menyatakan di laman webnya bahawa jika petisyen mendapat sokongan yang cukup, kakitangannya akan menyemaknya dan memastikan ia dihantar untuk mendapat sambutan daripada pentadbiran Obama.

Petisyen yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama LS, juga membuat permintaan kepada White House untuk memberikan pembebasan pemimpin pembangkang.

Dokumen yang mengandungi lima perenggan menyatakan persepsi umum bahawa penahanan Anwar adalah bermotifkan politik.

Ia juga menyatakan bahawa tawaran untuk Anwar untuk menghadiri sidang parlimen telah ditolak oleh Jabatan Penjara.

Petisyen itu boleh didapati di https://petitions.whitehouse.gov/.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->