Wednesday, 18 March 2015

(Video) Detik Mengerikan Kanak-Kanak Tersangkut Pada Layang-Layang Besar Sebelum Mati Terjatuh



Ia merupakan tragedi yang amat menakutkan apabila seorang kanak-kanak lelaki yang terikat di layang-layang besar mati apabila jatuh selepas terbang setinggi 65 kaki di udara.

Kemalangan tragis yang berlaku pada hari Ahad di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam itu berlaku apabila kaki 
Van Minh Dat, seorang kanak-kanak berusia lima tahun ini tersangkut pada tali layang-layang besar ketika hendak mengudara.

Dia pada mulanya terselamat apabila terjatuh tetapi kemudian meninggal dunia di hospital akibat kecederaan beliau.

Rakaman di telefon bimbit menunjukkan saat penonton berteriak ketika menyedari kanak-kanak itu telah tersangkut pada layang-layang.



Pada kira-kira pukul 4 petang, Dat berdiri di sebelah layang-layang merah yang sangat besar yang akan diterbangkan oleh Saigon Kite Club sebagai persediaan untuk festival layang-layang.

Apabila sekumpulan orang ingin menerbangkan layang-layang yang mempunyai lebar sayap 49 kaki itu, Dat berada di bawah sayap layang-layang tanpa sesiapa perasan, menurut akhbar Nguoi Lao Dong.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->