Friday, 6 March 2015

Saksikan Bagaimana Labah-Labah Cuba Membunuh Ular Ini



Mungkin kita dah biasa tengok haiwan seperti ular dan labah-labah, tetapi kebanyakan kita tidak akan terfikir apakah yang akan terjadi apabila dua haiwan ini bertarung. 

Percayakah anda seekor labah-labah redback di utara-barat Victoria berjaya membunuh seekor ular yang berkali ganda besar lagi saiznya?

Walaupun redbacks jauh lebih kecil, tetapi ianya sangat berbisa.


Rakaman labah-labah yang sedang bertarung dengan ular telah dirakam oleh Postlethwaite, seorang peladang ketika membersihkan sebuah kawasan ladang.

"Saya fikir ular itu dah mati, kemudian saya melihat ia bergerak dan saya fikir lebih baik saya berhati-hati dengan jarak saya," kata Postlethwaite"

"Saya pergi dengan lebih dekat lagi dan mendapati seekor labah-labah berada di atasnya."

"Keesokan harinya, saya mendapati ular itu berada di atas tanah dan dihurungi semut."

Jom saksikan video di bawah.


.

Next article Next Post
Previous article Previous Post
 
-->